Sunday, April 4, 2010

Bahan organik tanah

Bahan organic tanah terdapat di atas lantai hutan cuma sebahagian sahaja bahan organic tersebut berada dalam tanah (1%-12%) kepentingan bahan organic;
 Mengekalkan produktiviti tanah (sumber nutrien, mengekalkan kelembapan tanah)
 Merupakan simpanan untuk karbon di udara (yang telah terikat dalam bentuk daun dan sebagainya)
1. Definisi lantai hutan adalah semua bahan organic yang dijumpai di permukaan tanah mineral. Bahan organic tersebut termasuklah sarap hutan dan bahan organik yang telah terurai
2. Lantai hutan membekalkan makanan kepada mikroorganisma samada flora dan fauna (aktiviti mikroorganisma ini penting untuk mengekalkan kitaran nutrient)
3. Lapisan lantai hutan boleh dibahagikan kepada 3;
 L atau OI (lapisan yang boleh dicam, nampak bentuk, samada najis, ranting dan sebagainya)
 F atau OE (kepingan; fragment, zon lapisan kedua selepas L, bahan-bahan organik telah dipecahkan menjadi makanan organik kepada mikroorganisma, masih boleh dikenalpasti tetapi telah diuraikan)
 H atau OA (lapisan humus, terdiri daripada bahan organik yang telah terurai sepenuhnya)
4. Pengumpulan bahan organik di atas lantai hutan adalah pengumpulan sampah sarap di atas lantai hutan ditolak (-) dengan kadar penguraian (jumlah yang hilang daripada penguraian)
5. Kadar penguraian bahan-bahan organik dipengaruhi oleh;
• Kimia dan fizikal daun
• Pengudaraan, kelembapan dan suhu di dalam tanah
• Jenis mikroorganisma dan bilangannya
6. Semua lapisan FF mempunyai ketumpatan pukal yang rendah (1 g/cm3)
7. Keupayaan memegang air lapisan FF adalah 16%-20% iaitu 0.15-1.2 cm per kedalaman tanah di dalam cm
8. Nisbah karbon kepada nitrogen merupakan satu penunjuk kepada kedapatan nitrogen di atas lantai hutan, serta menunjukkan kadar penguraian
9. Aktiviti mikroorganisma adalah penting;
 Dalam kitaran nutrient
 Dalam membantu meningkatkan pengaliran air di dalam tanah (porosity)
 Dalam proses detoxication (penyahtoksikan)
10. Dalam hutan dianggarkan bahawa terdapat 330 Mega gram/ha bahan organik yang dipegang oleh tumbuh-tumbuhan dan sekitar 300 Mega gram/ha dalam tanah di seluruh dunia
Kawasan hutan Malaysia memegang 46% daripada tumbuhan Tropika

No comments:

Post a Comment